Rawatan sulit · Doktor lelaki sahaja Buka setiap hari WhatsApp 012-254 0143
  1. Utama
  2. Rawatan
  3. Ejakulasi pramatang

Kawalan ejakulasi · Kota Bharu, Kelantan

Ejakulasi pramatang di Kota Bharu. Masalah biasa, boleh diurus.

Ejakulasi pramatang — dikenali ramai sebagai pancut awal — bermaksud ejakulasi berlaku lebih awal daripada yang diingini, sukar dikawal dan menyebabkan tekanan kepada diri atau pasangan. Ia antara masalah seksual lelaki yang paling biasa.

Read in English →

5.0 ★ Google250 ulasan pesakit
Doktor lelakiUntuk kesihatan lelaki
Sulit & privasiRekod dijaga
13 panel klinikPMCare, PeKa B40, SEHATi

Tanda ejakulasi pramatang

Berlaku sejak pengalaman seksual pertama

Jenis 'seumur hidup' — biasanya faktor biologi dan sensitiviti

Dulu normal, sekarang cepat

Jenis 'diperoleh' — semak masalah ereksi, prostat, tiroid atau tekanan

Tergesa-gesa kerana risau ereksi tidak kekal

Berkait dengan masalah ereksi — rawat ereksi dahulu

Mengelak hubungan, rasa malu, konflik pasangan

Kesan emosi juga sebahagian daripada penilaian

Punca ejakulasi pramatang

Doktor menilai ejakulasi pramatang berdasarkan kawalan, tempoh dan kesannya kepada anda dan pasangan — bukan masa semata-mata. Kebanyakan lelaki mempunyai gabungan beberapa punca:

  • Faktor psikologi: kebimbangan prestasi, tekanan kerja atau kewangan, konflik rumah tangga, pengalaman awal yang tergesa-gesa.
  • Masalah ereksi: lelaki yang risau ereksinya tidak kekal cenderung tergesa-gesa — merawat ereksi sering memperbaiki kawalan.
  • Faktor fizikal: keradangan prostat atau saluran kencing, masalah tiroid, dan sensitiviti yang tinggi.
  • Faktor biologi: pada jenis seumur hidup, sistem saraf dan bahan kimia otak (seperti serotonin) dipercayai memainkan peranan.

Penerangan lanjut: punca pancut awal — psikologi dan fizikal.

Di Klinik Etika Kota Bharu

Penilaian sulit

Bila masalah bermula, keadaan berlaku, dan sama ada ada masalah ereksi atau simptom kencing.

Teknik tingkah laku

Teknik 'stop-start' dan 'squeeze', latihan kawalan — diterangkan secara praktikal oleh doktor.

Latihan lantai pelvis

Senaman otot lantai pelvis (Kegel) membantu kawalan pada sesetengah lelaki.

Ubat & rawatan punca

Rawatan topikal atau ubat oral hanya atas preskripsi doktor. Rawat masalah ereksi, prostat atau keadaan lain yang dikenal pasti.

Apa yang dijangka

Ramai lelaki memerlukan gabungan teknik dan rawatan selama beberapa minggu. Susulan membantu doktor menyesuaikan pelan. Kos diterangkan sebelum rawatan.

Cara atasi ejakulasi pramatang

Tiada satu cara yang sesuai untuk semua lelaki. Cara mengatasi masalah ejakulasi pramatang biasanya bermula dengan langkah yang paling selamat, kemudian ditambah mengikut punca:

  1. Teknik stop-start: berhenti rangsangan apabila hampir ejakulasi, tunggu rasa itu reda, kemudian sambung. Diulang beberapa kali dalam satu sesi.
  2. Teknik squeeze (picit): kepala zakar dipicit perlahan beberapa saat apabila hampir ejakulasi untuk mengurangkan rangsangan.
  3. Latihan otot lantai pelvis (Kegel): dibuat setiap hari selama beberapa minggu. Doktor boleh ajar cara mengenal pasti otot yang betul.
  4. Rawat punca yang ditemui: masalah ereksi, keradangan prostat, tiroid atau tekanan perasaan.
  5. Ubat preskripsi: rawatan topikal atau ubat oral tertentu boleh membantu sesetengah lelaki, tetapi hanya selepas penilaian doktor kerana ada kesan sampingan dan interaksi ubat.
  6. Kaunseling individu atau bersama pasangan: berguna jika kebimbangan prestasi atau konflik hubungan memainkan peranan.

Teknik kawalan diterangkan dengan lebih terperinci dalam cara tahan lama untuk lelaki dan pilihan rawatan pancut awal.

Perkara yang patut dielakkan

  • Krim, semburan kebas atau "ubat tahan lama" dalam talian tanpa nombor MAL yang sah — semak di laman NPRA.
  • Alkohol atau bahan lain untuk "melambatkan" — ia boleh menjejaskan ereksi.
  • Berdiam diri bertahun-tahun. Ramai lelaki bertambah baik apabila punca dikenal pasti.

Kesan ejakulasi pramatang pada pasangan

Ejakulasi pramatang bukan hanya masalah lelaki. Kesannya sering dirasai berdua:

  • Hubungan intim kurang memuaskan dan pasangan berasa terabai jika masalah tidak dibincangkan.
  • Lelaki mula mengelak hubungan kerana malu atau risau — dan pasangan pula boleh menyangka dirinya tidak lagi disayangi.
  • Tekanan dan salah faham dalam rumah tangga, yang seterusnya memburukkan kebimbangan prestasi.

Dari segi kesuburan, ejakulasi pramatang biasanya tidak menghalang kehamilan jika ejakulasi berlaku dalam faraj — baca pancut awal: boleh isteri mengandung?. Berbincang secara terbuka dan datang bersama pasangan (jika selesa) sering membantu rawatan berjalan lebih baik.

Bila perlu jumpa doktor

  • Masalah berlaku hampir setiap kali dan sudah lebih beberapa bulan.
  • Ia menyebabkan tekanan, mengelak hubungan atau konflik dengan pasangan.
  • Ada masalah ereksi, sakit atau pedih semasa kencing, atau darah dalam air mani.
  • Dulu normal, tetapi kini berubah secara tiba-tiba.

Kenapa jumpa doktor

Produk 'tahan lama' yang dijual dalam talian sering tidak berdaftar dan boleh mengandungi bahan kebas atau ubat yang tidak dinyatakan. Penilaian doktor membantu mengenal pasti sama ada sebenarnya ada masalah ereksi, prostat atau kebimbangan yang perlu dirawat dahulu.

Bacaan lanjut

Klinik Etika, Jalan Dusun Muda, Kota Bharu — pesakit dari seluruh Kelantan: Pasir Mas, Tumpat, Bachok, Pasir Puteh, Tanah Merah, Machang, Kuala Krai, Jeli, Gua Musang & Lojing.

Maklumat ini bersifat pendidikan umum dan tidak menggantikan pemeriksaan doktor. Hasil rawatan setiap individu berbeza.

Soalan lazim: ejakulasi pramatang

Berapa lama dikira ejakulasi pramatang?

Dalam bahasa harian ia dipanggil pancut awal. Tiada satu angka yang tepat. Secara klinikal, ejakulasi yang berlaku dalam lebih kurang satu minit (jenis seumur hidup) atau kurang daripada tiga minit (jenis diperoleh), sukar dikawal dan menyebabkan tekanan, biasanya dinilai sebagai ejakulasi pramatang.

Ejakulasi pramatang boleh diatasi?

Ramai lelaki mendapat kawalan yang lebih baik dengan gabungan teknik, latihan dan rawatan yang sesuai. Jika ia berpunca daripada masalah ereksi atau prostat, merawat punca itu sering membantu.

Adakah ejakulasi pramatang berkait dengan masalah ereksi?

Ya, kadang-kadang. Lelaki yang risau ereksinya lembik cenderung tergesa-gesa. Dalam keadaan ini, merawat masalah ereksi biasanya memperbaiki pancut awal juga.

Senaman Kegel membantu?

Bagi sesetengah lelaki, ya. Latihan otot lantai pelvis secara konsisten selama beberapa minggu boleh meningkatkan kawalan. Doktor boleh ajar cara yang betul.

Perlu bawa pasangan?

Tidak wajib. Namun pasangan yang memahami masalah dan teknik yang diajar sering membantu kemajuan.

Apa itu masalah ejakulasi pramatang?

Masalah ejakulasi pramatang (pancut awal) ialah ejakulasi yang berlaku lebih awal daripada yang diingini, hampir setiap kali, sukar dikawal dan menyebabkan tekanan kepada lelaki atau pasangan. Ia antara masalah seksual lelaki yang paling biasa.

Apakah cara atasi ejakulasi pramatang?

Cara atasi ejakulasi pramatang biasanya bermula dengan teknik stop-start dan squeeze serta latihan Kegel, kemudian merawat punca seperti masalah ereksi atau prostat. Ubat preskripsi boleh membantu sesetengah lelaki selepas penilaian doktor.

Bagaimana mengatasi masalah ejakulasi pramatang tanpa ubat?

Ramai lelaki bermula dengan teknik tingkah laku, latihan otot lantai pelvis, mengurus tekanan dan berbincang dengan pasangan. Jika tiada perubahan selepas beberapa minggu, jumpa doktor untuk menyemak punca lain.

Apa kesan ejakulasi pramatang pada pasangan?

Kesan ejakulasi pramatang termasuk hubungan intim yang kurang memuaskan, lelaki mengelak hubungan kerana malu, serta salah faham dan tekanan dalam rumah tangga. Ia biasanya tidak menghalang kehamilan.

Cara merawat pancutan pramatang di klinik?

Untuk merawat pancutan pramatang, doktor menilai bila masalah bermula, keadaan ereksi dan simptom kencing. Rawatan boleh merangkumi teknik kawalan, latihan Kegel, rawatan punca dan ubat preskripsi jika sesuai. Merawat ejakulasi pramatang selalunya mengambil masa beberapa minggu.

Pramatang ejakulasi, pancutan pramatang dan ejakulasi pramatang lelaki — sama ke?

Ya. Pramatang ejakulasi, pancutan pramatang, ejakulasi pramatang lelaki dan pancut awal merujuk kepada masalah yang sama: ejakulasi yang berlaku terlalu awal dan sukar dikawal.

Lokasi kami

Lokasi klinik

Di Wisma CT, Jalan Dusun Muda, Kota Bharu — mudah dari Pasir Mas, Tumpat, Bachok dan Ketereh. Parkir di hadapan bangunan.

  • AlamatS/26, Lot 245, Tingkat Bawah, Wisma CT,
    Jalan Dusun Muda,
    15200 Kota Bharu, Kelantan.
    Google Maps · Waze
  • Buka setiap hariSabtu–Khamis 9:00 pagi–4:00 petang & 8:00–10:30 malam · Jumaat 3:30–6:00 petang & 8:00–10:30 malam
  • WhatsApp012-254 0143
  • Telefon klinik012-965 4143
Doktor Klinik Etika Kota Bharu di klinik
Telefon WhatsApp doktor
WhatsApp doktor